Anda pernah BERDIET??? Apakah kategori DIET anda??? Adakah diet YOYO???
Anda tidak perlu melalui azab sebegini untuk memulakan program diet.
BERSEDIALAH ANDA UNTUK MEMULAKAN PROGRAM DIET SECARA SIHAT.
Kriteria penting sebelum memulakan diet.
Tahukah anda??? Sebelum memulakan diet anda perlu melalui 4 fasa utama yang perlu diikuti bagi menjayakan program diet iaitu;
- fasa induksi atau lebih dikenali pra program diet di mana anda perlu mencatat beberapa perkara peting iaitu tarikh sebelum memulakan diet,mencatat berat serta ketinggian dan juga ukuran anggota badan iaitu ukur lilit lengan, pinggang, pinggul dan paha. Dalam fasa induksi juga anda boleh melakukan detoks dengan buah-buahan @ sayur-sayuran.
- fasa penurunan di mana bermulanya program diet dengan menentukan target penurunan berat badan
- fasa pra-pengekalan iaitu berlangsung 1 @ 2 minggu setelah anda mendapat berat badan ideal
- fasa pengekalan di mana ia adalh langkah penting untuk mengekalkan berat badan ideal yang telah anda kecapi.
Sebelum memulakan diet, anda perlu mengetahui tahap Indeks Tubuh anda (Body Mass Index/BMI). Di sini ummi sertakan cara pengiraan untuk mengetahui BMI anda.
BMI= Berat (kg) dibahagi Ketinggian (meter padu)
Kurang 18 = underweight
18.9-24.9 = normal weight
25- 29.9 = preobes
30-34.9 = obes kelas 1
35- 39.9 = obes kelas 2
lebih = obes kelas 3
PERINGATAN!!! Di manakah tahap BMI anda???? Setelah mengetahui BMI anda, tetapkan berat ideal untuk dicapai semasa berdiet dan selamat berdiet.Ikuti post umi selanjutnya untuk program diet paling GEMPAK, MUDAH, SELAMAT & SEMULAJADI tanpa kesan ubat-ubatan dan kesan sampingan..Jumpa lagi next post..