Fellina Inchloss

FELINNA INCHLOSS..
MAHU LEBIH LANGSING??
MAHU MENGHILANGKAN LEMAK2 DEGIL DIBAHAGIAN PERUT, LENGAN, DAN LAIN2?? HASILNYA MEMANG MEMUASKAN...


 

Inch Loss Losyen

RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan tidak terlalu panas dan tidak berbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja.

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana-mana bahagian kita tidak puas hati.
3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik.Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya tiada sebarang chemical. ( KECUALI BAHAGIAN PERUT )
4) Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yang kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pun boleh mencuba. Pasti puas hati!
5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30 JUZUK AL-QURAN di Mahad Tahfiz Bukit Mertajam Penang... Semoga lebih dirahmati. (TIDAK BOLEH DILANGKAH YA)
6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti tidak nampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN.


kenapa semua harus memilih inchloss? :

1) Ianya xterlalu panas dan berbau seperti minyak angin malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak wangi jek)

2) Iannya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak... Hehe

3) Inchloss rumusan yg bagus utk kulit..lembut kulit,masalah kulit kering,selulit,bagi yang jadi merekah kat tap


ak kaki pon membantu! Dah berkali2 owner reject masa nak buat produk and try last2 mmg ambik yang dipasarkan now sebab sgt puas hati den :)

4)Produk kami dipasarkan with syarikat glamer femes lagi tu yg mmg pakar buat herb- by Miracle herbs.

6)Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati asalkan bukan muka lah.. Tapi jgn risau bila lemak di badan terbakar so kita nya body tu akn auto peluh2 so nnt muka pon kurus sendiri lah..

Ok masih byk kelebihan inchloss..jadi nantikan!

PRODUK WAJIB ADA bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus.Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye...

Rm75 semenanjung
rm80 sabah sarawak
FREE POSTAGE

SELAMAT MENCUBA…
JANGAN MALU, JANGAN SEGAN UNTUK MENCUBA..HUBUNGI SAYA SEGERA.

012 9258878 Yatie.


Konvensyen Royalti New Image

Assalamualaikum Ummi ucapkan buat semua.Alhamdulillah masih diberikan kesihatan serta kesejahteraan oleh Allah swt. Agak tidak terlewat untuk Ummi ucapkan Salam Maal hijrah buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Dalam kegembiraan kitamenyambut Maal Hijrah di sini..saudara kita di Gaza telah dibom & dibunuh tanpa perikemanusiaan.Mohan mendoakan semua saudara kita di sana.

Sempena tahun baru Maal Hijrah ini juga..Ummi & rakan seperjuangan di New Image telah menyambut Konvensyen Royalti ke 60 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. pada 18November 2012.Acara yang dinanti2kan oleh semua para pengusaha "penjual susu". Acara Royalti New Image berlangsung 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei & November.Segala usaha & kerja keras kami dibayar.Penyampaian cash money, cash in sach..ia acara yang dinanti2kan.Rata2 daripada hanya bermula sebagai pengguna..namun kesan yang baik pada tubuh badan baikdari produk Alpha Lipid Lifeline mahupun Alpha Lipid Slim Diet 2..& produk2 lain seperti K-29, set penjagaan kulit Boi-Rejuv dll.

Konvensyen kali ini dirasmikan oleh Yb Tun Abdullah Ahmad Badawi & isteri, Pengerusi New Image Graeme Clegg & isteri. Konvensyen ini LIVe ke seluruh dunia.Juga berlangsung pelancaran produk baru iaitu Omega CoQ10 Soft Gel Capsule untuk penjagaan jantung. Ummi sempat merakamkan momen2 indah bersama teman2..Sungguh meriah kerana teman2 kita dari Brunei, Singapura,Indonesia, Filipine,Afrika Selatan & seluruh dunia juga turut serta.

Pada teman2 yang berada di Indonsia, Brunei,Singapura, Thailand yang ingin menceburkan diri dalam biz ni..amatlah dialu2kan.Dengan penyertaan sebagai ahli New Image..dengan yuran keahlian yang sungguh minima RM60..kini dunia berada di tangan kita!!












Pembedahan Bariatrik

Pembedahan untuk kurus (Sumber Utusan malaysia)

RAMAI yang tidak sedar bahawa obesiti antara punca tertinggi kematian yang tidak disangka-sangka. Setiap tahun, angka yang meninggal dunia akibat daripada komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu mendapati Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara iaitu sebanyak 16.3 peratus daripada jumlah penduduk.

Berat badan yang jauh melebihi daripada sepatutnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, asma, gagal kawalan air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi.

Hilang berat yang berlebihan itu sebenarnya mampu mengurangkan malah merawati masalah kesihatan yang serius itu. Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang dapat keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.

Pembedahan bariatrik seperti pintasan gastrik dan pembedahan sleeve gastrik antara penyelesaian kepada dilema individu obes.Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian pada perut.
 
 

Menurut Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad, pembedahan bariatrik dicadangkan kepada mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 38 dan gagal melalui cara pengurangan berat badan yang lain.

"Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.

"Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.

"Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

"Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

"Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik," ujarnya yang telah berjaya melakukan pembedahan bariatrik terhadap 87 pesakit di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.

Cara rawatanRawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleeve gastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik. Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Lalu ia membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil.

Dr. Haron berkata, kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

KelebihanPembedahan bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

 Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

"Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri," terang Dr. Haron.KomplikasiApa saja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan bariatrik.

Namun ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani.Terang Dr. Haron, dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan perawatan total kepada pesakit.

"Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu peratus.

"Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

"Sebab itu pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi," ujarnya.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil.

 

 

Sakit dada biasa atau sakit jantung???

Sakit dada biasa atau serangan jantung (Sumber Utusan Malaysia)

ADAKAH tekanan tidak selesa yang anda rasai di dalam dada sepanjang bahagian depan tubuh dari paras abdomen atas ke leher berpunca daripada hidangan makan malam yang terlalu pedas dan berempah?Ataupun, ia menjadi amaran bahawa anda mungkin diserang penyakit jantung?
 
 
 

Mengetahui tanda-tanda serangan jantung boleh membantu anda membuat keputusan pantas keputusan yang boleh menyelamatkan nyawa anda atau nyawa orang tersayang.

Sama ada, ketidakselesaan tersebut merupakan sakit dada biasa yang hanya memerlukan rawatan dalam bentuk ubat-ubatan antasid atau ia merupakan sakit dada yang memerlukan anda berjumpa doktor dengan segera.Namun, ada kalanya bukan mudah bagi menentukan sama ada sakit dada yang berlaku adalah disebabkan oleh serangan jantung atau masalah-masalah lain.

 Contohnya, kesakitan yang berkaitan dengan serangan jantung kerap disalahtafsirkan dengan ketidakcernaan atau senak yang boleh dilegakan dengan antasid sahaja. Sebaliknya, individu yang mengadu sakit pedih hulu hati sering kali menyangkakan ia berpunca daripada sakit jantung.

Walaupun sakit dada sinonim sebagai tanda amaran utama berlakunya serangan jantung, berita baiknya, bukan kesemua sakit dada termasuk di dalam golongan ini.

Malah, terdapat pelbagai masalah lain yang boleh menjadi puncanya. Ada yang menyebabkan sedikit ketidakselesaan biasa sahaja manakala selebihnya adalah serius dan mengancam nyawa. Apa-apa jua organ mahupun tisu di dalam dada anda boleh menjadi punca kesakitan dari jantung ke paru-paru, esofagus, otot-otot, tulang rusuk, tendon, hinggalah ke saraf dan kulit.Contohnya, jika sakit dada meningkat apabila anda menekan hujung jari pada bahagian yang sakit, ia mungkin menandakan ketegangan otot, ligamen atau mungkin juga tulang rusuk yang patah.

Keradangan rawan di dalam tulang dada, satu keadaan yang dikenali sebagai costochondritis (sakit sendi rusuk) juga boleh mencetuskan sensasi sakit. Kesakitan dinding dada lazimnya mengambil masa beberapa hari sahaja dan boleh dilegakan dengan aspirin atau ibuprofen.

Sakit yang menyucuk-nyucuk selama beberapa saat pada penghujung nafas yang dalam lazimnya tidak membimbangkan. Hiperventilasi atau pernafasan pada kadar yang terlalu cepat semasa rehat juga boleh menyebabkan sakit dada.

Lain-lain penyebab sakit dada termasuklah pleurisi iaitu keradangan di sekeliling membran paru-paru dan, radang paru-paru (pneumonia). Kedua-duanya boleh menjadi bertambah teruk ketika batuk. Kayap juga boleh menyebabkan sakit yang terasa menusuk, panas terbakar atau digigit, seperti getah yang diikat ketat pada dada.

Kudis atau ulser pada lapisan perut atau usus kecil selalunya menyebabkan kesakitan di bawah tulang dada yang semakin teruk semasa perut kosong manakala pedih hulu hati di mana asid perut bergerak songsang ke atas memasuki esofagus atau, senak juga boleh menyebabkan sakit dada.

Batu karang boleh mendatangkan kesakitan di sebelah kanan dada atau sekitar bahu yang bertambah mudarat selepas makan terutamanya makanan berlemak atau, pada tengah malam.

Sementara itu, mereka yang mengadu sakit dada tetapi tidak menunjukkan sebarang punca fizikal sering kali mendapat markah yang tinggi menerusi ujian bagi darah gemuruh atau panik.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, kanser yang melibatkan bahagian dada atau yang sudah merebak boleh menyebab sakit dada manakala di kalangan kanak-kanak, kebanyakan sakit dada tidak berkaitan dengan jantung.

Jadi, apakah perbezaannya dan bagaimana pula untuk menentukannya? Pakar Runding Kardiologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz mempunyai butiran lanjut.

Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh arteri koronari menjadi sempit.

Ia juga boleh terjadi apabila bekalan tersebut terputus sama sekali mengakibatkan sebahagian daripada otot itu telah mati atau mengalami nekrosis dan gagal berfungsi,’’ ujar beliau.

Menurutnya, ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan sejenis lemak atau plak yang melekat pada dinding saluran darah yang lamakelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.

 Apabila ini berlaku, serangan awal jantung bermula. Tanda-tanda serangan jantung ini berpanjangan lebih daripada 15 minit. Serangan jantung ini mungkin berkurangan atau berhenti seketika dan kemudian berulang semula.

Sakit dada yang disebabkan oleh penyakit jantung biasanya menyerang di antara 10 minit hingga setengah jam. Kadangkala, kesakitan itu berpanjangan sehingga berjam-jam lamanya kalau tidak dirawat.

Ia mungkin disebabkan oleh aktiviti atau emosi yang kuat atau boleh juga menyerang tanpa perlu ada sebab-sebabnya yang tertentu,’’ kata Dr. Nor Izham.

Sakit jantung biasanya terasa amat mencengkam dan menyucuk-nyucuk di bahagian dada terutamanya di tengah-tengah dan sebelah kiri dada.Kemudian, sakit ini menular ke anggota lengan, leher dan dagu yang selalunya disangka sakit gigi, menjalar ke bahagian belakang dan perut (pesakit mungkin menyangka ia sakit gastrik).Lain-lain gejala serangan jantung termasuklah sesak nafas, keletihan, badan berpeluh dan kadangkala terasa loya, jantung berdebar dan pitam.

Dr. Nor Izham memberitahu, kebanyakan mereka yang mendapat serangan jantung tidak merasakan yang mereka sedang mengalami masalah tersebut dan sekadar menganggapnya sebagai kesakitan yang tidak merbahaya.

Jika ada faktor-faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi, kemungkinan sakit jantung lebih adalah tinggi.

Kadangkala, doktor sendiri sukar untuk menentukan sama ada seseorang pesakit itu diserang penyakit jantung atau lain-lain punca,ujarnya.

Tambah beliau, biasanya keadaan ini dipanggil sakit dada atipikal yang memerlukan penyiasatan lanjut seperti elektrokardiogram (EKG) di mana kejadian elektrik jantung dirakamkan di atas jalur kertas yang bergerak. Lain-lain penyiasatan termasuklah ujian darah troponin.

Sentiasalah menyimpan ubat aspirin di rumah atau pejabat untuk digunakan semasa serangan jantung berlaku,’’ saran beliau.

Kadang-kadang, jelas Dr. Nor Izham lagi, pesakit tidak merasakan sakit dada (infark senyap) disebabkan oleh penyakit kencing manis yang merosakkan saraf (neuropati autoimun). Bagaimanapun, simptom-simptom lain seperti sesak nafas dan berpeluh masih ada.

Infark merupakan suatu tisu mati pada kawasan kecil setempat yang terjadi akibat bekalan darah yang tidak mencukupi. Infark senyap adalah lebih berbahaya kerana tidak terasa dan oleh itu, tidak diberikan rawatan.

Justeru, walau apa pun kesakitan dada yang anda alami, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Menunggu terlalu lama sebelum mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian dan kerosakan yang kekal pada jantung yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

 Sebab-sebab lain sakit dada

* Masalah sistem penghadaman seperti gastrik, ulser perut, penyakit pundi hempedu, batu karang, senak, pedih hulu hati atau refluks gastroesofageal (GERD)
* Sakit sendi rusuk (Costochondritis)Saraf (Spondilosis Servikal, berkaitan tulang belakang)
* Pneumonia, darah beku ke paru-paru (embolism pulmonari), udara dalam kaviti pleura akibat lubang pada permukaan paru-paru atau dinding dada yang menyebabkan paru-paru jatuh (pneumotoraks) dan pleurisi.

Dalam kes-kes sebegini, sakit dada selalunya bertambah buruk jika anda menarik nafas dalam-dalam atau batuk dan selalunya terasa menyucuk dan mendadak.

* Asma yang diiringi dengan nafas tercungap-cungap, ronkus (bunyi pernafasan bernada rendah) dan batuk
* Darah gemuruh, panik dan hiperventilasi.

 Jika sakit kuat atau ada gejala-gejala lain seperti sesak nafas dan berpeluh, segeralah berjumpa doktor.

 Diagnosis

  • Ujian stres
  • Imbasan ekokardiogram
  • Angiogram iaitu pemeriksaan pembuluh darah melalui sinar X.
Rawatan

  • Pil Aspirin
  • Pil Plavix
  • Pil glyceryl trinitrate (GTN) yang diletakkan di bawah lidah
  • Suntikan streptokinase untuk mencairkan darah beku pada saluran jantung
  • Pembedahan belon angioplasti boleh dilakukan bagi mengembangkan saluran darah yang sempit atau tersumbat
Pencegahan dari serangan sakit jantung

  • Jangan merokok
  • Ambil pemakanan atau diet sihat
  • Amalkan senaman, gaya hidup sihat
  • Kawal berat badan
  • Kawal tekanan darah tinggi
  • Kawal tahap kolesterol darah
  •  Kawal penyakit kencing manis
  • Uruskan stres atau tekanan mental dengan baik
  • Lakukan pemeriksaan perubatan tahunan termasuk EKG dan ujian stres bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas.

 

 

Berlapar Tidak Akan Menjadikan Anda Kurus..


BERLAPAR TIDAK AKAN MENURUNKAN BERAT ANDA




Antara kesilapan yang selalu dibuat oleh orang berdiet adalah menyangkakan berlapar akan dapat menurunkan berat badan. Anda tidak akan dapat menurunkan berat badan jika anda berlapar kerana anda akan makan lebih banyak dari biasa!

Untuk menjadi lebih kurus, seseorang tidak semestinya berhenti mengambil makanan yang biasa mereka ambil sebelum ini. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah mengawal apa yang mereka makan, bukannya berhenti makan itu dan ini.


Bila anda berlapar, badan anda akan bertukar kepada mode lapar (survival mode) dan badan akan mengambil tindakan untuk menyimpan tenaga yang sedia ada dan menggunakannya secara efisyen supaya anda sentiasa mempunyai tenaga yang mencukupi semasa berlapar. Apabila berlaku begitu, metabolisma badan akan berkurangan, dengan erti kata lain tiada pembakaran lemak berlaku.

Manusia perlu makan untuk memastikan lemak dalam tubuh dapat dibakar. Nutrisi paling utama yang diperlukan tubuh manusia adalah tenaga. Tanpa tenaga mencukupi, tubuh seseorang akan menukarkan protein otot kepada tenaga untuk membekalkan 'sumber makanan' kepada otak, sistem saraf dan sel darah merah.


Selain daripada itu kemahuan untuk makan apabila anda berlapar akan meningkat. Contohnya apabila anda tidak mengambil sarapan, pada makan tengahari anda akan makan lebih banyak dari biasa. Secara logiknya bila ini berlaku adakah anda dapat kurangkan berat badan? makin meningkat adalah.. malah badan anda akan letih, tiada tenaga dan lesu sepanjang hari.

Oleh itu jangan lah sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan. Ketahuilah cara yang betul jika anda ingin menurunkan berat badan. Di sini ada beberapa tips untuk menurunkan berat badan :

 
1) Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak anda bahawa anda sudah kenyang.

2) Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya, Cuba makan sayuran mentah @ salad. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.

3) Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.

4) Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada bergayut di pintu peti sejuk!

5) Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.

6) Makan makanan yang rendah lemak

7) Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

8) Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh.

Dengan Alpha Lipid SD II anda dapat menurunkan berat badan kepada saiz idaman, pastikan anda mengikuti program ini dengan cara yang betul!

Manfaat Alpha LIpid Lifeline




Alpha Lipid Lifeline (Colostrum) telah terbukti berkesan dlm membantu meringankan pelbagai jenis penyakit. Hari ini jom kita baca manfaat Lifeline kepada bakal ibu, ibu mengandung & yang sudah melahirkan.....

Alpha Lipid LIFELINE amat sesuai untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak

SEBELUM HAMIL
Wanita2 yang merancang untuk hamil, adalah disarankan minum Alpha Lipid setiap hari agar rahim berada dalam keadaan kuat dan sihat serta bersedia utk menempuhi tempoh kehamilan yang baik sepanjang 9 bulan. Alpha Lipid juga baik utk kesuburan (persediaan kehamilan).


DALAM TEMPOH KEHAMILAN
IBU HAMIL
Sepanjang kehamilan, pengambilan Alpha Lipid akan melengkapkan segala zat2 yang diperlukan oleh ibu dan bayi didalam kandungan. Sekiranya anda tergolong dalam golongan wanita yg alah semasa awal kandungan, Alpha Lipid boleh membantu anda utk mengurangkan alahan tersebut.Si ibu juga akan berasa lebih segar dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.Kandungan kalsium yg tinggi boleh mengelakkan sengal2 tulang atau kekejangan otot yg selalu berlaku kepada wanita hamil.Ada juga pengguna mengatakan dengan minum Alpha Lipid semasa hamil, badan akan mantain!!! Tidak naik badan secara mendadak seperti yang selalu berlaku kepada wanita hamil.
SI BAYI
Mengikut pengalaman2 ibu yang minum Alpha Lipid sepanjang mengandung, mereka mengatakan bayi yg lahir kulitnya putih, halus dan gebu (macam colostrum agaknyaaa..). Bayi juga akan menjadi kelihatan bijak dan matang kerana mendapat khasiat Alpha Lipid yang merupakan brain food yg sangat membantu dalam peningkatan fungsi otak.Bayi juga akan kelihatan cergas dan mempunyai tulang yg kuat serta rambut yang cantik...insyaALLAH....Disebabkan bayi sudah menerima Alpha Lipid yang mengandungi faktor imun serta antibodi semulajadi sejak di dalam kandungan, kebanyakan bayi yang dilahirkan agak kuat sistem pertahanan badannya, dan sukar utk mendapat sakit kuning/jaundis selepas dilahirkan.
DALAM TEMPOH BERPANTANG
Ibu boleh minum Alpha Lipid sepanjang tempoh berpantang, ibu akan lebih segar dan Alpha Lipid akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman semasa melahirkan.Susu badan juga akan menjadi banyak dan lebih berkhasiat utk diminum oleh bayi.Agen pembakar lemak yg terkandung dalam Alpha Lipid juga boleh membantu ibu langsing kembali seperti sediakala.. :)
Terbukti banyak sekali khasiat yang terkandung dalam Alpha Lipid Lifeline (Colostrum). Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan segera.

Kenapa Perlu KURUS???

Assalamualaikum.


Bersua lagi kita..kali ni Ummi nak kongsikan sedikit info2 berkaitan dengan masalah OBESITI..Ramai yang menganggap gemuk itu chubby..comel..dll tetapi sedarkah kita bahawa sekali kita menghampiri obesiti kita sedang menempah tiket untuk mendapat penyaki2..Ini adalah realiti sebenar.

Antara yang bakal dihadapi oleh golongan obesiti ialah;

  • Masalah psikologi
  • Osteoartritis dari lutut dan Pinggul
  • vena varikos
  • Hiatus hernia
  • Batu hempedu
  • Komplikasi pembedahan
  • Back strain
  • Accident proneness
  • Obstructive sleep apnoea
  • Darah tinggi
  • Sesak nafas
  • Sakit jantung iskemia
  • Strok
  • Diabetes mellitus jenis 2
  • Hiperlipidemia
  • Ketaknormalan haid
  • Meningkatkan morbiditi dan mortaliti
  • Meningkatkan risiko kanser
  • Kegagalan fungsi jantung


  •  
     
    So pada yang di luar sana..tepuk dada tanyalah diri sendiri..adakah kita bersedia untuk hadapi masalah2 kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
     
     
    MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

    Cara Diet SD2.

     
     
     
     
    PERATURAN PENTING SEMASA BERDIET DGN SUSU ALPHA LIPID SLIM DIET2:

    Adakah anda bersedia untuk melakukan diet ALSD2 ? Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet ALSD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

    1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
    Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

    2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
    (DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
    Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

    3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
    Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

    4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
    (EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)
    Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

    5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
    (EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

    6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
    (Drink at least 2 litre of water everyday)

    7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
    (Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
    Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

    8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
    (Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
    Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

    9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
    (When you eat out, watch for hidden carbs)
    Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

    10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
    (Dont assume any food is low in carbohydrate)
    Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

    Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri!!!!


    Ummi ucapkan selamat berdiet..012 9258878.

    Testimoni SD2


    Assalamualaikum Ummi ucapkan.Terima kasih kerana sudi melayari blog Ummi. Tidak berkesempatan untuk update blog Ummi yang tidak seberapa ni.
     
    Nak share testimoni2 terkini pengguna SD2..Alhamdulillah & tahniah pada rakan biz Ummi & juga customer2 Ummi yang memilih untuk berurusan dengan Ummi.
     
    Mari kita jamu mata dengan testimoni SD2 terbaru yea..termasuklah Ummi sendiri..Pada yang nak cuba diet SD2,jom Ummi alu-alukan..kecik tapak tangan..satu Malaya Ummi tadahkan. Boleh juga add Ummi di facebook Ummi facebook.com/yatie.SDII.
    Juga boleh likes page Ummi Slim & Healthy with SlimDiet2.
     
    Pada yang berminat nak menjana income dengan produk Alpha Lipid ni bolehlah call Ummi di talian 012 9258878. Tak kira di mana you allz berada..insyallah Ummi boleh guide untuk cari income denagn biz yang sangat santai ni.Modal pun tak mahal..RM60 je!!!!