Alpha Lipid Slim Diet II

 

SDII adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SDII juga bukanlah ‘meal replacement’ dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah ‘meal supplement’ dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

PROTIN

Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali. Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

‘Protein Sparing Modified Fast’ (Ketogenic Diet)

■SDII berkonsepkan Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci oleh Dr George Cahill dan Dr George Blackburn.

■Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut. Kini, dengan SDII anda boleh menurunkan berat badan secara sihat semulajadi, pantas serta berkesan.

Kandungan yang terdapat di dalam 1tin Slim Diet 2

■Campuran komprehensif ( 75 % ) protein soya non GMO yang diasingkan, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, (9 asid amino utama, 11 vitamin, 12 mineral). Rasa Slim Diet 2 seperti Kacang Soya Pekat.



CARA PENGAMBILAN SLIMDIET II :-

Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SDII. Cara makan SDII amat mudah seperti berikut:-

1. Campurkan 2 skop SDII kedalam lebih kurang satu gelas (200 – 250 ml) air sejuk, kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.

2. Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SDII (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SDII (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SDII (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat (4) boleh ambil SDII waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.

3. Boleh mengambil SDII ketika sebelum atau selepas makan.

4. Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SDII sebanyak 4 kali sehari dengan jadual yang bersesuaian ketika berpuasa.

4. Pada waktu sarapan, makan tengahhari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan. Makan lauk-lauk sahaja.

5. Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.

6. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik.
 

0 comments:

Post a Comment