RAMAI yang tidak sedar bahawa obesiti antara punca tertinggi kematian yang
tidak disangka-sangka. Setiap tahun, angka yang meninggal dunia akibat daripada
komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Kajian Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) tahun lalu mendapati Malaysia adalah negara yang mempunyai paling
ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara iaitu sebanyak 16.3 peratus
daripada jumlah penduduk.
Berat badan yang jauh melebihi daripada sepatutnya boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok,
masalah tidur, asma, gagal kawalan air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan
dan pelbagai lagi.
Hilang berat yang berlebihan itu sebenarnya mampu mengurangkan malah merawati
masalah kesihatan yang serius itu. Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet,
aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang dapat
keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.
Pembedahan bariatrik seperti pintasan gastrik dan pembedahan sleeve gastrik
antara penyelesaian kepada dilema individu obes.Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat
badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun
pembuangan beberapa bahagian pada perut.
Menurut Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital
Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad, pembedahan bariatrik dicadangkan
kepada mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 38 dan gagal melalui cara
pengurangan berat badan yang lain.
"Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti
diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan
menjalani pembedahan.
"Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi
mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.
"Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya,
pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah
penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.
"Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi
lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik
"Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik," ujarnya
yang telah berjaya melakukan pembedahan bariatrik terhadap 87 pesakit di
Hospital Pakar KPJ Damansara.
Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.
Cara rawatanRawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleeve gastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik. Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.
Lalu ia membuatkan
sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada
makanan yang sering diambil.
Dr. Haron berkata,
kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu
mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.
KelebihanPembedahan
bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.
Selepas pembedahan,
pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang
ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap
2 serta merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia
dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki
pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi
tulang akibat berat badan yang berlebihan.
"Dari segi
psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan
emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri," terang Dr. Haron.KomplikasiApa saja
pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan
bariatrik.
Namun ia berbeza
bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang
dijalani.Terang Dr. Haron,
dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan
perawatan total kepada pesakit.
"Risiko untuk
pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu
peratus.
"Selain itu,
pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak
mencukupi akibat pembedahan tersebut.
"Sebab itu
pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan
menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi," ujarnya.
Pesakit yang
menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling
kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.
Pesakit mungkin
akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti
sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil.
0 comments:
Post a Comment