BERLAPAR TIDAK AKAN MENURUNKAN BERAT ANDA
Antara kesilapan yang selalu dibuat oleh orang berdiet adalah menyangkakan berlapar akan dapat menurunkan berat badan. Anda tidak akan dapat menurunkan berat badan jika anda berlapar kerana anda akan makan lebih banyak dari biasa!
Untuk menjadi lebih kurus, seseorang tidak semestinya berhenti mengambil makanan yang biasa mereka ambil sebelum ini. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah mengawal apa yang mereka makan, bukannya berhenti makan itu dan ini.
Bila anda berlapar, badan anda akan bertukar kepada mode lapar (survival mode) dan badan akan mengambil tindakan untuk menyimpan tenaga yang sedia ada dan menggunakannya secara efisyen supaya anda sentiasa mempunyai tenaga yang mencukupi semasa berlapar. Apabila berlaku begitu, metabolisma badan akan berkurangan, dengan erti kata lain tiada pembakaran lemak berlaku.
Manusia perlu makan untuk memastikan lemak dalam tubuh dapat dibakar. Nutrisi paling utama yang diperlukan tubuh manusia adalah tenaga. Tanpa tenaga mencukupi, tubuh seseorang akan menukarkan protein otot kepada tenaga untuk membekalkan 'sumber makanan' kepada otak, sistem saraf dan sel darah merah.
Selain daripada itu kemahuan untuk makan apabila anda berlapar akan meningkat. Contohnya apabila anda tidak mengambil sarapan, pada makan tengahari anda akan makan lebih banyak dari biasa. Secara logiknya bila ini berlaku adakah anda dapat kurangkan berat badan? makin meningkat adalah.. malah badan anda akan letih, tiada tenaga dan lesu sepanjang hari.
Oleh itu jangan lah sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan. Ketahuilah cara yang betul jika anda ingin menurunkan berat badan. Di sini ada beberapa tips untuk menurunkan berat badan :
1) Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak anda bahawa anda sudah kenyang.
2) Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya, Cuba makan sayuran mentah @ salad. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.
3) Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.
4) Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada bergayut di pintu peti sejuk!
5) Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.
6) Makan makanan yang rendah lemak
7) Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.
8) Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh.
Dengan Alpha Lipid SD II anda dapat menurunkan berat badan kepada saiz idaman, pastikan anda mengikuti program ini dengan cara yang betul!
0 comments:
Post a Comment