Telur - Makanan Lengkap & Sempurna Untuk Pengamal Diet SD2 -Kamarul Nordin
Telur
mengandungi nutrisi yang lengkap dan seringkali dipanggil sebagai makanan yang
cukup sempurna lebih-lebih lagi untuk pengamal diet SD2. Sebiji telur mengandungi
70 kalori, 6 gram protien, kurang dari 1 gram karbohidrat, 4.5 gram lemak dan
kaya dengan vitamin dan minerals. Sebenarnya, satu-satunya bahan yang tidak ada
langsung didalam telur hanyalah Vitamin C.
Sebiji
telur juga mengandungi 215 milligram kolesterol. Namun begitu kolesterol yang
dimakan tidak semestinya terus menjadi kolesterol didalam darah manusia.
Kebanyakan kolesterol yang ada didalam darah manusia adalah dibentuk oleh badan
kita sendiri dan bukan dari apa yang kita makan. Jumlah kolesterol yang
terbentuk oleh badan kita adalah kerana faktor berat badan dan juga keturunan.
Sekiranya anda menjaga kandungan karbohidrat yang rendah didalam badan anda
apabila menjalani program diet SD2, maka kolesterol didalam telur tidak akan
mengakibatkan apa-apa risiko kesihatan kepada anda.
Kuning
telur juga adalah sumber nutrisi yang kaya. Ia adalah diantara
satu-satunya makanan yang membekalkan Vitamin D dan juga membekalkan
riboflavin, folate, vitamin A dan selenium yang secukupnya. Adalah lebih
bermakna untuk melengkapkan pemakanan kita dengan sumber pemakanan yang cukup
dengan kuning telur ini daripada hanya memakan putih telur atau kolesterol-free
egg subsitute. Produk gantian telur ini sebenarnya adalah putih telur dengan
campuran bahan pewarna (untuk meniru warna kuning telur), perisa tiruan,
rempah, vitamin dan mineral (untuk mengganti dari apa yang terdapat pada kuning
telur), agen dan stabilizer makanan.
Ingatlah, selagi kita tetap mengambil dan
menjaga kandungan karbohidrat yang rendah dari makanan kita, kita boleh
mengambil lemak yang sihat seperti telur termasuk kuning telur disamping ia
tetap merendahkan kandungan kolesterol didalam darah kita.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah
SD2.
0 comments:
Post a Comment