KHASIAT CUKA EPAL

Assalamualaikum w.b.t.
 
Kali ini Ummi akan share artikel tentang kebaikan cuka epal pada tubuh badan kita.Kebanyakan daripada kita masih tidak mengetahui khasiat cuka epal terhadap tubuh badan.So ummi akan kongsikan serba sedikit tentang kebaikan cuka epal ni untuk kesihatan bersama.Salah satu jenama yang menjadi pilihan ramiaialah jenama Bragg.Ia adalah yang paling RAW & antara yang terbaik berbanding jenama2 lain. Cuka epal ni boleh diambil 2 kali sehari & boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco,Carrefour  serta farmasi2.


Dari Ummu Said RA dari Nabi Muhammad saw,baginda bersabda;
 
"sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan iaah cuka."
 
Cuka ialah termasuk dalam kategori pemakanan yang diamalkan oleh Rasullullah.(berdasrkan Hadis Muslim)
 
Cuka Epal/ Khal.
Dalam bahasa Arab Khal bermaksud suatu bahan daripada buah-buhan seperti buah tamar/kurma, epal,anggur & buah tin yang disimpan @ diperapkan dalam jangkamasa tertentu sehingga bertukar dari jus buah menjadi alkohol seterusnya menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat & akhirnya menjadi cuka @ dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
 
Cuka Epal
Ia berasal daripada buah epal yang segar & tinggi kaliumnya. Jika diminum bersama air suam & madu boleh melawan penyakit influenza & selsema. Kandungan anti oksidanya yang tinggi juga boleh membantu melawan beberapa jenis KANSER.
 
Kebaikan cuka epal sider untuk Arteri (artery)
 
 
 
  • Kalium atau potassium membantu memecahkan lemak akan mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri. Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri. Semua ini boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok atau serangan jantung
  • Kalium atau potassium juga bertindak sebagai pencair darah semula jadi. Kalium dapat memecahkan lemak dan protein yang boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Untuk kesihatan arteri, kalium menjalankan pengaliran darah dengan lebih lancar melalui arteri dan keseluruhan badan.
  • Cuka epal cider mengandungi pektin yang boleh menyerap kolesterol LDL dan lemak, supaya kedua-dua bahan-bahan boleh dihapuskan dari badan melalui proses perkumuhan semulajadi. Manakala asid amino yang berfungsi sebagai pembakar kolesterol LDL. Mengambil cuka sider epal boleh meningkatkan hormon nitrik oksida semulajadi yang menghentikan pengeluaran angiotensin II. Hormon angiotensin II boleh menyebabkan arteri menjadi sempit (constrict) dan sempit
  • Malic asid dan asid tartarik (acid tartaric) dalam cuka epal membantu memecahkan makanan yang begitu baik untuk pencernaan dan mengurangkan jumlah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Kedua-dua asid juga melancarkan proses peredaran darah, jadi kerja menjadi lebih mudah arteri. Asid yang terkandung dalam cuka sider epal juga membantu mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dalam darah. 
 Kebaikan cuka epal untuk kegunaan luaran
  • Jika kaki terasa sangat sakit dan letih, ambil semangkuk besar air suam yang boleh memuatkan kedua2 kaki. Masukkan setengah cawan cuka epal sider. Rendam selama 20 atau 30 minit. InsyaAllah hilang penat dan kesakitan tuh kemudian berehatlah. Sebaiknya lakukan semasa hendak tidur.
  • Untuk mengurangkan kulit yang kering dan gatal2 serta ingin menjadi lembut, campurkan 2 cawan cuka epal sider dalam tab air suam. Rendamlah untuk setengah jam.
  • Untuk membersihkan kekotoran muka, masukkan 2 atau 3 sudu cuka epal sider dalam stim muka. Tutup muka dengan tuala dan biarkan stim menghala ke muka untuk 15 minit. Liang roma akan terbuka dan kekotoran akan keluar. Kulit lebih lembut + bersih dan segar - Boleh juga merendamkan tuala kecil pada semangkuk air suam dan 2 sudu cuka epal. Perahkan tuala tapi jangan terlalu kuat. Tekapkan tuala pada muka untuk beberapa minit sambil berbaring. Bilas dengan air biasa. Rasakan selepas itu.
Nota
Kebaikan cuka epal ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah pelbagai penyakit. Cuka epal ini juga rasanya lebih sedap jika di campurkan dengan salad sayur2an + sesedu mustard + olive oil.
 
 Antara kebaikan mengamalkan kebaikan cuka epal;
  •  Merangsang pemecahan lemak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
  • Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  • Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
  • Melembapkan dan mengencangkan kulit
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
  • Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  • Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  • Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan yang idea
  • Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh..

 
So pada yang tak pernah cuba..jom cuba untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita!!!
 

 
 
 

0 comments:

Post a Comment