Bolehkah
Stress Menghalang Penurunan Berat Badan?
Oleh
Kamarul Nordin
Sebenarnya
tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan
boleh menghalang berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik
kembali. Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh
kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah
kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti
cortisol dan adrenalin.
Hormon
yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada
tubuh untuk memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism
badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak
untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).
Cortisol
juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak
dikawasan perut. Oleh kerana diantara tugas cortisol adalah memecahkan bahan
kimia tubuh, maka cortisol yang teramat berlebihan akan menyebabkan kesan
perlindungan semulajadi didalam badan dengan pengeluaran insulin yang
berlebihan juga. Ini menjadikan keadaan dimakan pengeluaran cortisol yang
berlebihan akan menjadi salah satu punca badan kita menghidapi keadaan
rintangan insulin dan tidak boleh membakar lemak.
Salahsatu
sebab lagi kenapa tekanann boleh menghancurkan proses penurunan berat badan
kita adalah akibat dari serotonin. Tekanan akan mengurangkan serotonin didalam
badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan kerana tekanan disebabkan
kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti
dan mengeluarkan serotonin yang cukup. Pada waktu ini kita memerlukan lebih lagi
serotonin tetapi keadaan tekanan ini menyebabkan pengeluarannya makin
berkurangan.
Terdapat
banyak fungsi serotonin ini yang diantaranya adalah mengawal selera makan,
tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau
perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin
dan kemurungan.
Kekurangan serotonin memang tidak sesuai
untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salahsatu punca yang terbesar
sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.
Apabila kita berdiet maka jagalah
kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita buat untuk
mendapat menafaat yang optima...
0 comments:
Post a Comment