OBESITI PENYEBAB LELAKI MATI PUCUK

Mati Pucuk – Bagaimana dan punca Mati pucuk Terjadi



 
 
 
SINDROM kekurangan testosteron (TDS) memang menghantui lelaki. Selain mengalami resah gelisah, letih, peningkatan berat badan dan murung, TDS juga membawa masalah yang paling ditakuti, iaitu mati pucuk.

TDS berpunca daripada kurangnya jumlah testosteron yang terhasil dan ia menyebabkan lelaki hilang beberapa ciri kelelakian seperti kurang berminat dengan seks, penampilan fizikal (tiada lagi tubuh berotot) serta hilang keyakinan diri. Kajian menunjukkan seorang daripada lima lelaki yang berhadapan dengan masalah mati pucuk memiliki tahap testosteron yang rendah.

Ketua Jabatan Andrologi dan Urologi, Pusat Penyelidikan Endokrinologi Russia, Prof Svetlana Kalinchenko, berkata TDS mungkin bersifat konjenital selain disebabkan faktor peningkatan usia.

"Walaupun TDS kerap dikaitkan dengan mati pucuk, sebenarnya ia memiliki kaitan dengan sindrom metabolik.

"TDS adalah komponen fundamental sindrom metabolik, iaitu sekumpulan risiko yang menyebabkan masalah jantung. Antaranya termasuk obesiti dan masalah insulin," katanya.

Laporan terbaru menunjukkan terdapat perkaitan yang sangat jelas antara TDS dengan sindrom metabolik. Kajian juga mendapati, lelaki obes yang berhadapan dengan sindrom metabolik memiliki tahap testosteron yang rendah berbanding lelaki sihat. Mereka juga lebih berisiko untuk mati pucuk dan berhadapan dengan masalah koronari arteri.

Justeru, dengan kata mudah, lelaki yang mati pucuk bukan saja berhadapan dengan TDS tetapi juga beberapa masalah kesihatan lain seperti diabetes dan jantung.

"Lelaki yang berusia 40 tahun ke atas dan berhadapan dengan simptom TDS sepatutnya mendapatkan rawatan, apatah lagi jika mereka juga tergolong dalam kumpulan yang menghadapi sindrom metabolik," katanya.

Secara umum, lelaki yang berhadapan dengan TDS akan mendapati tahap darah testosteron mereka adalah di bawah 10 nmol/L (tahap normal adalah antara 10 hingga 35 nmol/L).

TDS juga menyebabkan tulang hilang kepadatannya yang kemudian menyebabkan masalah tulang rapuh. Bagaimanapun, tidak seperti menopaus, TDS tidak dialami oleh semua lelaki.



 
Perkara yang digeruni kaum lelaki - Mati Pucuk!!

Dua patah perkataan yang paling ditakuti oleh semua lelaki normal selain “mati” ialah Mati Pucuk.Bahkan dalam Islam sekalipun masalah mati pucuk merupakan salah satu penyebab yang membolehkan seseorang wanita menuntut cerai dari Suaminya…
 
 
Tapi berapa ramai yang tahu dan ambil berat bagaimana Mati pucuk terjadi dan apa puncanya…Sebelum mengetahui bagaimana Mati pucuk terjadi kita seharusnya terlebih dahulu tahu bagaimana Ereksi atau penegangan zakab berlaku, kerana kedua duanya amat berkait rapat antara satu sama lain.
 
 
Secara mudahnya ereksi atau penegangan berlaku melalui urutan proses tertentu, bermula dari ransangan minda atau deria rasa, kemudianya merangsang otot di bahagian zakar meyebabkan otot zakar akan berada dalam keadaan releks bagi membenarkan darah mengalir masuk dan memenuhi kesemua rongga dalam zakar.
 
 
Keadaan ini secara tak langsung menyebabkan zakar menjadi kembang dan tegang dan pada masa yang sama bahagian yang dikenali tunica albuginea akan bertindak untuk menyekat darah yang masuk ke rongga zakar tadi dari mengalir keluar dan proses sekatan inilah yang akan mengekalkan ereksi atau tegangan dalam tempoh masa yang tertentu.


Jadi Bagaimana pula Mati pucuk terjadi ???



 
 
Oleh kerana ereksi memerlukan beberapa turutan proses tertentu untuk terjadi, jadi sedikit atau sebarang ganguan pada mana mana peringkat proses tersebut akan merencatkan dan mengagalkan zakar untuk megalami ereksi dan penegangan dengan sempurna, Terutamanya jika terdapat gangguan yang melibatkan rangsangan dari otak dan saraf tunjang, saraf di sekitar zakar, tindakbalas daripada otot zakar dan tunica albuginea, aliran darah keluar masuk dipersekitaran zakar dan yang paling utama dibahagian corpora cavernosa.
 
 
Ganguan pada saraf ,salur darah,otot zakar dan tunica albuginea yang disebabkan oleh penyakit merupakan punca utama mati pucuk. Penyakit seperti kencing manis,kolesterol yang tinggi,penyakit buah pinggang,ketagihan alcohol kronik,multiple sclerosis,penyumbatan salur darah (artherosclerosis), penyakit urat darah dan saraf bertanggungjawab terhadap lebih dari 70 peratus kes mati pucuk .Hampir 75 peratus dari pesakit kencing manis dan 15 peratus dari pesakit darah tinggi mengalami mati pucuk.
 
 
Selain itu gaya hidup juga turut menyumbang kepada kepada mati pucuk. Merokok,obesity atau berat badan berlebihan dan tidak bersenam merupakan antara punca utama kepada Mati Pucuk, selain daripada itu pembedahan (terutamanya pembedahan membuang sel kanser prostate dan pundit kencing) boleh mencederakan saraf dan salur darah sekitar zakar dan mengakibatkan Mati Pucuk. Kecederaan pada zakar, saraf tunjang, kelenjar prostat, pundi kencing dan ruangan pinggul boleh menyebabkan Mati Pucuk kerana mengakibatkan kerosakan pada saraf,otot licin,salur darah dan tunica albuginea.
 
 
Selain Itu Ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan Mati Pucuk, antaranya ialah seperti ubat mengawal tekanan darah tinggi (thiazides,beta blocker,methyldopa,spironolactone), antihistamina, ubat penenang dan pelali,ubat diet yang mematikan selera makan,cimetidine (ubat rawat ulser perut), NSAID, ubat antikulat (keteconazole) boleh menyebabkan Mati Pucuk sebagai kesan sampingan mereka.
 
 
Manakala pakar perubatan berpendapat faktor psikologi seperti stress,kemurungan,hilang daya tarikan pada pasangan,perasaan rendah diri dan perasaan takut akan zakar tidak boleh mengeras bertanggungjawab terhadap hampir 10-20 peratus punca Mati Pucuk. Sebab-sebab yang lain termasuklah kesan merokok,mengambil dadah dan gangguan hormon iaitu kekurangan, hormon lelaki (testosterone).

0 comments:

Post a Comment